Make your own free website on Tripod.com

Muhammad Zailani Somingan

Utama
Our Products
Contact Us
Gambar Kenangan
Catalog

aku.jpg

Selamat Datang Ke Laman Web ini.

Pelayaran anda akan cuba dimanfaatkan apabila berada dilaman ini. Anda seorang guru, pelajar atau apapun profesyen tidak akan disia-siakan. Disini ada berbagai tips untuk dibaca bagi pengetahuan anda untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.Sesungguhnya hidup kita lebih bermakna apabila dikenali orang sebagai penyumbang idea bukan menyumbangkan keadaan.

      Muhammad Zailani Somingan merupakan seorang guru di SK Parit Baharu, Sg Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Beliau cuba mengembangkan ilmu dan bertukar idea melalui ruang lebih global dengan laman web. Sekalipun bukan guru IT tetapi kesediaannya mengembangkan ilmu bersama rakan-rakan guru di Malaysia menjadi penyebab kewujudan laman ini.

      Berkongsi pengalaman dan idea tentang pengalaman didalam pembelajaran dan pendekatan pengajaran sekolah rendah cuba dijadikan tumpuan didalam ruangan ini. Sedialah untuk anda menyumbangkan idea untuk tatapan bersama. Saya sedia anda bersedia. Semua dapat faedah.

       Cabaran kerja disekolah amat besar. Sebagai guru kelas, guru matapelajaran ETeMS, guru SPBT, setiausaha sukan, bendahari PIBG dan banyak lagi adalah antara tugas sampingan yang mesti dipenuhi sebagai tugas guru. Percayakah anda itu semua adalah tugasan saya. Bagaimana dapat diselesaikan semua tugasan itu? Pernahkah diiktiraf sebagai guru cemerlang? Adakah tiada guru lain disekolahnya? Tetapi ini adalah kenyataan.

Nama Penuh:
Alamat e-mail:
Idea untuk dikongsi:
  

Jurulatih Utama Sisteks BBT sedia membimbing anda dilaman web ini. Kesukaran anda boleh diatasi. kini kesusahan anda akan menjadi kesenangan.

sisteks.jpg
Satu keistimewaan untuk guru SPBT
Laman Web ini lebih kepada kegunaan para pendidik di Malaysia 

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:

Sekolah Kebangsaan Parit Baharu, 45100 Sg Air Tawar, Selangor.